Salam semua,
Baru-baru ini saya ada singgah ke pejabat pos untuk membuat urusan.
Kemudian saya terpandang satu notis bercetak yang dikeluarkan oleh pejabat pos untuk penghantaran barang ke Luar Negara.
Saya tak ingat semua yang terkandung dalam notis tersebut tetapi ayatnya lebih kurang begini:
Adalah dimaklumkan perkhidmatan penghantaran barang keluar negara melalui Pos Malaysia bagi barang-barang berikut adalah tidak digalakkan:
1. Telefon bimbit
2. Makanan
3. Ubat-ubatan
Saya rasa ayat tidak digalakkan adalah ayat “courtesy” untuk dilarang! Anda boleh mencuba untuk menghantar produk-produk ini menggunakan Pejabat Pos, namun saya sangsi mereka akan menerima bungkusan tersebut.
Ini hanya melibatkan Perkhidmatan Pos Malaysia sahaja, namun saya tidak pasti untuk perkhidmatan courier-courier yang lain sama ada mereka juga akan mengambil langkah yang sama.
Kepada penjual/bakal penjual ebay yang terlibat dengan penghantaran produk-produk di atas dapat mencari alternatif untuk menghantar produk anda kepada pelanggan.
Sekian untuk makluman.
September 18th, 2008 at 6:21 pm
[...] diakui, menggunakan pos daftar mengambil masa yang lama antara 10 hari hingga 15 hari mengikut lokasi-lokasi tertentu. Akan [...]