3 bulan yang lalu dan perancangan tahun 2009

November 24th, 2008 by aide.yusuf

Salamm,

Dah lama juga saya tidak update blog nih.3 bulan rasanye ada nih.Dalam tempoh tersebut, walaupom rasanya sekejap, tapi macam-macam perkara dah berlaku dan macam-macam jugak perkara yang tak berlaku..

Antara perkara yg berlaku kepada saya selama 3 bulan ini :

1. Melibatkan diri secara tidak langsung di dalam MLM (mmg sblum nih..asyik pancung jerk kalo sebut MLM)

2. Membuat pinjaman peribadi (first time nihh!)

3.Mengalami sendiri bahawa MLM ini juga satu bidang pekerjaan yang baik (the most misunderstood business..kata member saya)

4. Mengambil Cuti Raya yg panjang..hahaha..(ramai yg jeles tau!)

5. Mendapat anak 2 anak buah baru..wow!

Read the rest of this entry »

Analisa Produk Hangat di Ebay Setiap Minggu Hanya di aideyusuf.com

August 25th, 2008 by aide.yusuf

Salam,

Saya membawakan berita gumbira kepada bakal penjual ebay yang masih mencari-cari produk apa yang sesuai dan laris untuk dijual Ebay.

Ini bukan omongan kosong atau direka-reka, ini 100% betul.

Oh, mesti anda tertanya-tanya di mana saya dapat sumber maklumat produk-produk hangat ini?

Tentunya dari Terapeak! Sekarang sudah mahu percaya tak pada kata-kata saya ini?

Apa maklumat yang bakal diberikan kepada pengunjung aideyusuf.com? Read the rest of this entry »

Makluman Baru Pejabat Pos Malaysia Berkaitan Penghantaran Barang ke Luar Negara

August 15th, 2008 by aide.yusuf

Salam semua,

Baru-baru ini saya ada singgah ke pejabat pos untuk membuat urusan.

Kemudian saya terpandang satu notis bercetak yang dikeluarkan oleh pejabat pos untuk penghantaran barang ke Luar Negara.

Saya tak ingat semua yang terkandung dalam notis tersebut tetapi ayatnya lebih kurang begini:

Adalah dimaklumkan perkhidmatan penghantaran barang keluar negara melalui Pos Malaysia bagi barang-barang berikut adalah tidak digalakkan:

1. Telefon bimbit

2. Makanan

3. Ubat-ubatan

Saya rasa ayat tidak digalakkan adalah ayat “courtesy” untuk dilarang! Anda boleh mencuba untuk menghantar produk-produk ini menggunakan Pejabat Pos, namun saya sangsi mereka akan menerima bungkusan tersebut.

Ini hanya melibatkan Perkhidmatan Pos Malaysia sahaja, namun saya tidak pasti untuk perkhidmatan courier-courier yang lain sama ada mereka juga akan mengambil langkah yang sama.

Kepada penjual/bakal penjual ebay yang terlibat dengan penghantaran produk-produk di atas dapat mencari alternatif untuk menghantar produk anda kepada pelanggan.

Sekian untuk makluman.

« Previous Entries